Thursday, December 24, 2009

Resepi Che Bees...



Assalamualaikum w.b.t

Hasil kerastangan che as ntah yg kali keberapa agaknya nih... lani menggunakan resepi che Bees... menjadi dan cantik. Rasa pun ermmm... bleh buat lagi nih... yg penting kena tau tekniknya... panjang lebar che bees terangkan dlm post komen arituh.. kalau x cuba rugi...

berikut aksi2 si gebu selepas pembakaran... kejadian berlaku pada 15/12/2009 area 11pm (anak2 dah tido)


kepada che bees mekasih yer... dapat ilmu baru dan mohon dihalalkan dikongsi di sini...
;) ;) ;)

adunan 1
4 biji kuning telur
16g gula castor -
1 sudu teh essence vanilla
-pukul kuning bersama gula castor sehingga sebati. kemudian masukkan essence

adunan 2
4 biji putih telur (saiz b pun ok)
100 g castor sugar
-putar putih dahulu dan bila nampak putih telur mula berkembang masukkan gula castor. Putar hingga ringgan dan bila diterbalikkan tak jatuh.

-masukkan adunan 2 kedalam adunan 1. kaupbalikkan hingga sebati. masukkan tepung gandum (90g) kedalam adunan dan adun hingga sebati. boleh masukkan serbuk koko(40g)atau lebih juga boleh letak pewarna yang digemari.
-tuang adunan kedalam loyang (jangan sesekali ketuk loyang untuk memadatkan adunan)
-bakar didalam oven selama 30 minit 180darjah celcius.

selamat mencuba


Monday, December 21, 2009

kek lagi... ermm...

Assalamualaikum w.b.t.

ermmm.... lama x update blog, dah x reti nak menceritakan apa nampaknya... so bubuh gambar je la... wat cuci mata... hihihi...







** kejadian kek ni berlaku pada 4/12/2009
(1pm-2.45pm) jumaat beb..

macam dah lama je rasa simpan gambar nih... masih bulan yang sama rupernya...
nih kek tanda Terima Kasih kpd adik2 master dan R.A. kerana telah membantu 'kakak' mu ini mengemas komputer2 baru yang berat2 gaban nuh... huuhuuu... aperpun semuanya dah settle, lenkali nak mkn kek ceklat bgtau akak nih yer...

insyaAllah ada masa dan ongkosnya... OK saja...
Terima Kasih Allah... tercapai juga cita2ku dan cita2 mereka... amin..

** ikut tekak aku OK lah... tekak korang aku x tau... telan je udah ler yer..
:D:D:Dkihikihikii...



Monday, December 7, 2009

Penang, Malaysia


Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, syukur pada yg maha Esa.. pada usia 28 thn ni, sampai juga aku ke utara semenanjung... bukan kedah atau perlis, tapi sampai penang je... ok lah tu. Bersama 'pakwe' dan anak2, 2.4thun dan 7bulan...

Cuti2 sem ni leh la jalan2 sket.. ikut 'pakwe' g conference. Sambil kerja sambil berjalan... best juga, walaupun penat. Alhamdulillah aku tgk anak2 juga masih ceria, harap2 sampai ke rumah la mereka cerianya, maklumlah jalan jauh kesian pun ada....



Lani ni aku dok Royalpark, Penang. Area Batu Feringgi. Dari rumah hari sabtu, singga PJ mah akak, = rehat la tu. pagi ahad gerak lg ke arah utara, sampai dah ptg. Setakat ni semuanya ok dan seronoklah, cuma xleh nak gerak banyak tpt, masa terhad. Rabu ada janji ngn org di Ampang. Nampaknya esok dah kena gerak kembali ke arah selatan...

sambil menaip sambil melayan anak2... cerita pendek.. hehe..

Thursday, November 26, 2009

kek batik

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi, mengkais masa seminit dua mengupdate coretan buat diri ku..
diari di alam maya.. semalam teringat kembali kelazatan kek batik maka sepontan aku mencari idea bilakah ianya akan dilakukan. Dengan masa yang tidak terduga terjadi juga kek batik yang aku inginkan, terima kasih Allah.. dengan limpah kurniaMu.. aku dapat membeli bahan2, melapangkan masa utk membuat dan menyiapkan kek tersebut, dan memberi nikmat merasa utk aku makan kek tersebut pg tadi... ermmm... nyumm...nyumm... enak rasanya...

Mari kita lihat apa aku dah buat malam td...


Bahan2 yg aku guna :
1 cawan gula pasir/kastor
1 cawan butter/marjerin
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
3/4 biskut merry (3/4 bungkus)

Cara aku memasaknya:
- satukan mentega dan gula, gaul rata.
- masukkan serbuk koko gaul lagi.
- masukkan telur semua, gaul lagi.
- masak dengan api sederhana kesebuat bahan yg digaul tadi hingga agak2 pekat (7-8min).
- masukkan biskut yg telah dipatah2kan, gaul rata.
- masukkan dalam bekas dan tekan2 sedikit kasi rata dan tiada lubang angin... org kata mampatkanla..
- masuk peti sejuk, dah sejuk boleh la dipotong dan makan....
nyumm...nyumm..

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDhA....


nyumm.. nyummm....


Monday, November 23, 2009

belajar untuk dapat yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t..

Tak tahu dari mane nak mulakan cerita, dr tajuk entry aku nih.. aku ada menghadiri sesuatu, belajar sesuatu, utk dapatkan sesuatu.... sebelum tu aku ingin luahkan terima kasih Allah, kerana mengizinkan aku berada ditempat itu kelmarin dan semalam...bersama suami yang dikasihi, abg ipar yang aku hormati dan biras yang aku senangi... moga kami semua sentiasa dalam limpah kasih sayang Mu.. dan sedar akan Mu.. sesungguhnya aku amat2 merinduiMu dengan silatun yang berpanjangan dariMu.. ya Allah...ya Allah... ya Allah...

aku mengikut suami ke bangsar untuk menghadiri "Pelatihan Sholat Khusyuk-KHUSYUK ITU MUDAH OLEH PAK USTAZ ABU SANGKAN "anjuran Pn Nora dan shalat center, dari Indonesia. 21 - 22 November 2009 bertempat di Balai Islam, Kompleks TNB Bangsar, Kuala Lumpur. Sungguh indah dan tenang saat mendengar penyampaian pak abu, walaupun aku kurang mendalami sebelum ini, kurang persediaan untuk menghadiri pelatihan ini, tapi aku dimudahkan olehNya sepanjang berada dilingkungan muslimat2 yang lain.... apatahlagi ajk2 muslimat beramah mesra bagaikan kawan yang sudah lama kenal. Alhamdulillah....

mudah-mudahan apa yang aku terima dalam 2 hari yg berlalu, akan kekal mewangi dan bertambah kuat dalam lubuk hati aku, sedar dan rendahnya hati ini bila mengingati kalimah2Mu ya Allah, aku mohon ya Allah... aku bermohon ya Allah.............

sebelum balik ke bt pahat sempat aku bersalaman dengan ibu linda (isteri pak abu sangkan) dan mengusap anaknya yang demam, sedey hati teringat anak kt kg. Luruh terus aku...


Foto bersama, kak lia (um), aku, ibu linda dan kak uji (biras ku)


Ibu linda dengan anaknya (lupa nak tanya saper namanya)

sudah ya... sampai ketemu lagi... daa..


Wednesday, November 18, 2009

kek bingka ke kuih lembut???

hari demi hari aku mencuba, walaupun x secantek rupanya, namun miliki rasa yang boleh dibanggakan oleh lidah aku, itu la dia kek span yang aku baru cuba buat, haha... tengok sungguh meletihkan melihat kek yang naik, dan jatuh kembali...


cubaan pertamaku:
29.07.2009 amik resepi dr internet,
ntah mane silapnya... x seperti yg aku mimpikan hehe...


cubaan kedua pula:
masa kuar dr oven ceehhhh... menten je, pastu iiyookkk.. turun plak...

tapi alhamdulillah rasa dah ok hehe...
ni 18/11/2009 yg lalu..

yang ni ok sket la dr yg pertama dulu, ni aku amik dr fp org, x ingat sapa..

kali ke tiga tatau bila.... :D

*** org cerita kejayaan, aku cerita apa yang aku dpt la nmpknya...
nak test sorg kawannya resepi lak, jadi x aku buat...

4 biji telur, sedikit tepung gandum, sedikit gula, bhn perasa dan pewarna....
tungguuu...

*** tapi sedikit tu mcmaner eik???!!! x abis menurun lak td...





Tuesday, November 17, 2009

Andai ku tahu....

Kalaulah aku tahu...

Monday, November 16, 2009

buttercream

hi kawan2, teman2, konco2, member2, dan semualah... saper2 yang terbaca entry ni, ni aku nak kongsi sket.... ilmu 'sms' dari seorang kawan.. mengenai buttercream utk kek...

semua bahan aku cari di pekan aku saja, kalau korang x sama tempat ngan aku, aku xtaulah cara mana nak tolong... hehe...

apa yang aku guna macamnih lah...
ni sesuai utk 1 biji kek kot... hehe... (jawapan yg x konfiden dr aku..)

Bahan2 :
100g butter
100g shortening(kedai bahan2 kek-kt BP) /lemak sayuran (pasaraya wellward- Pt Raja) pun boleh..
100g gula halus (ikut nak manis mana)

campur semua bahan dan mixkan dengan kadar step2 kelajuan...

cubaan aku;
cara pertama : aku pernah cuba pukul dulu shortening tu sampai kembang pastu masukkn gula dgn butter, pukul lagi.
cara kedua : aku campur semua pastu pukul sampai nampak lembut...
hasilnya : Cara pertama yang nampak lagi elok hasilnya...



Monday, November 9, 2009

projek hujung minggu

Bangun.. tidur.. bangun.. tidur.. kepala dok terpk apa nak buat kalau duduk kt rumah. Maka muncullah ilham dari Dia untuk aku mencuba sesuatu, TARAAA... ini dia, cupcake versi ibu dan kakak. Terima Kasih Allah, terima kasih aku telah berjaya mencubanya... aku wat versi kukus je, kalau bakar aku kurang yakin kek tu akak menjadi.. hahaha... belum buat dah tau hasilnya, itula aku... apa2 je lah...


sebahagian yg aku kukus, yg lebih aku masuk loyang...


cubaan mewarna dan menconteng kek...
boleh tahan lembutla krem tu.. senang nak bentuk...


aku buat 5 ke 6 biji je, yg lain kakak ngan ayah dia buat..
si bujang dah meraung...

Ntah apa2 je bentuknya, tujuan pertama aku adalah mencuba buat krim kek, alhamdulillah hampir menyerupailah yang biasa dibeli tu, so pasni bolehla aku menggali bakat tertanam aku... mendeco pulak. Mane tau ntah esok lusa aku seorg tokei.. nantikan... cehh... moga2 kenyataan mengatasi impian, ishh ayat boleh tahan.. hehe... selain tu aku pun cuba nih jugak...



taraaa... ni 'anak kek'... sbb saiz tu aku je yg penah buat, hehe... ni misi mencuba sapuan krem kek, memang menduga... kecik cam nih pun nak sapu punyalah leceh!!!... patutla kek tu mahal bagai... takper pasni nak pandai kena amiklah kursus dan buatlah selalu untuk melembutkan tangan...

*** aku ada pasang niat nak wat sendiri kek bila bestday aku tahun depan... hahaha....
ada sesaper mahir wat kek x? aku nak belajar melembutkn 'isi' kek...

TQ Allah... aku dapat ilmu baru..



Thursday, November 5, 2009

Hadiah A.K.A Cenderahati...

Yea... yea... (itu tandanya ada yg mengembirakan aku hari ini)... almaklumlah dok sesorang atas kerusi depan komputer sebelah fail2 dan buku manual ni kan... tetiba datang si adik membawa sebungkus barang berisi sesuatu yang aku pun tak tahu pada awalnya, tapi bila dibuka TARAAA... ini dia, sepaang kasut sandle berkelip2 labuci berwarna keemasan... TQ Ety.. (dia ni budak master, dulu RA kejap, kire RA pertama yang dok kt bilik sunyi sebelah tpt aku nih- dengan kata lain peneroka bilik sebelah laa... sekarang dah macam opis gayanya. Penuh dengan master student, RA dan technician skali).



Sebelum hari ni, semalam la tuh, aku dpt apa ntah ni namanya, aku panggil kapal je sbb gambar kapal tapi boleh lekat ngan besila sbb ade magnet blkgnya. Yg ini master gak bg Izan A.K.A iZhang budak gannu... apasal panggil macamtu sbb 'n' blkg tambah 'g'.



Dan minggu lepas aku dapat mende ni plak, technician sebelah bagi... yang ni mmg aku yg 'pau' dia soh beli sbb aku kena dok standby barang2 nak datang time dia xder... boleh ker mcm tuh?? bukan ker kerja tu mmg aku kena wat, tapi takper.. saje suker2 'pau' org kalau dpt alhamdulillah, x dapat xper.. hehe...



** Saja nak tambahkan koleksi keychain... setiap yg aku gantung ada pemberinya...
ada sesaper nak tambahkan lagi koleksi aku, dipersilakan hehehe.....

'pakwe' bg pun ada... tu buluh dr Sarawak...hehehe.....

Kenangan tu ada dimana2, cuma kita saja nak anggap ianya sebagai kenangan atau sebaliknya..

chayokk... chayokk...

Wednesday, November 4, 2009

Siakap Bermacam Rase..

kelmarin beli siakap sekor, kerisi 4 ekor.... 2 dah masak asam pedas versi che as, 2 lg sedang dlm sejuk beku.... si siakap pun sama, kasi tido lama sikit... dan semalam link ke kawan, dia masak mcm yg ada dalam fikiranku pulak... siakap 3 rasa..

tapi aku buat siakap bermacam2 rasa... heheh... lari sket dr niat asal, sebabnya, ada bahan2 yg tiada di dapurku...

ini la jadinya... Si Siakap yg kena timbus dek sayur2an..



nak tahu apa yang aku letak, meh la baca ke bawah ni...

bahan2nya:
1 ekor ikan siakap
4btg kacang buncis (hiris pendek2)
1kepal bunga kubis (potong kecil)
1 biji tomato (belah 6)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 inci batang seleri (potong dadu-ni nak abiskan stok je)
2 inci lobak merah (mayang halus- tabur atas ikan)
* 1 biji bawang putih (kisar@tumbuk@hiris-ikut suke..)
* 2 biji bawang merah (kisar@tumbuk@hiris-ikut suke..)
* 1 biji limau kasturi (amik airnya shj)
* cili giling, sos cili, sos tomato, garam, bahan perasa, gula, air....ikut suke byk mana...
minyak, serbuk kunyit (utk goreng ikan)

aku macam mcm nih:
* goreng ikan siakap sampai masak dan agak2 kering...
* tumis sambal dia (semua bahan2 yg bertanda *, air limau bila dah siap sambalnya)
* masukkan sayur2 dan kacau...kacau...kacau...
* curah kuah sambal td atas ikan...

jadilah siakap bermacam rasa @ siakap bersayur

antara sebab aku masak mcm nih:
1. semalam terlambat balik, smpai rumah dah maghrib
2. biasalah kalau ibu ayah dah sibuk, anak2 pun ikut sibuk (nangis nakkan perhatian)
3. aku masak lepas isyak...:(( huaarrr... sendiri perut sudah laparrr...
4. alasan kukuh ku, senang ada ikan dan ada sayur... hehe... x yah masak 2 lauk... (adakah aku malas??? oh tidak, cuma x sempat dah lapar)..

p/s: 'pakwe' yg makan semalam, sedap x kite masak?? hehehe... "Terima Kasih Allah.. sempat juga aku makan semalam dengan jayanya...", hehe......

chayokk..chayokkkk...


nrocinu di Kuittho/UTHM

heheh... iklan kejap..

Thursday, October 22, 2009

Udang masak lemak kuning...

lama rasenya tak letak entry pasal makanan, semalam mood dah datang maka aku pun men'snap' apa yang aku masak...

balik kije je terus terpk2 aper nak masak malam ni, memandangkan ulam raja banyak di rumah mak, maka aku berkeinginan untuk masak 1 lauk saja... udanglah jadi pilihan ku, kakak pun suke udangkan.

bahan2nya:
- 20 ekor udang besar/sederhana
- 3 labu bawang kecil merah
- 2 labu bawang putih
- 7 biji cili
- 1 sk serbuk kunyit
- 2 batang serai
- 1 biji telur
- minyak masak utk menumis
- santan secukupnya
- sedikit air
- garam, gula dan bahan perasa secukupnya.

cara masaknya:
- bawang dimayang @ kisar dan tumis semuanya,
- masukkan cili, serbuk kunyit dan tumis lg,
- masukkan santan, air dan serai yg ditumbuk,
- masukkan air... masukkan garam, gula, bhn perasa,
- masukkan udang, dan pecahkan telur...
- gaul2kan dan tunggu udang masak...

sedia utk dihidang... sedap dimakan dengan nasi panas..

Taraaa.... ini dia..



Penutup rayer.... 2.0.0.9

ni la dia, bila kata raya, maka adalah macam2 berkaitan raya...
kuih raya, baju raya, duit raya, jamuan raya.. jamuan? ermm... jamuan raya jarang orang sebut.. biase 'openhouse'.. walaupun yg di'open' tu pejabat, atau kanopi.... hehe..suke2 aku je..

aku xderla wat 'openhouse' tu, tapi jamuan sket... encik ku kata 'maulid'.... moga2 mendapat keberkatan dengan majlis jamuan ringan ini...

mula2 nak jemput jiran2 je, pastu adik2 master dan R.A. lab tu nak dtg beraya pulak, jadi ajakla sekali... alang2 menjamu keliling rumah, maka encik ku pun menjemputla anak2 PA dia... maka inilah jadinya..






yang lain xleh interframe lah, encik lupa nak snap.. xperla.. lain tahun kita wat maulid lagi yer encik..


p/s: buat 1/2tahun skali pun ok gak eh?... 1 kite beri, 9 DIA pulangkan ... wahh lumayan tu...


Wednesday, October 14, 2009

aku suker...

saje nak wat entry macam nih... sebab nya (tgk pic bwh ni) korang pasti tau ape mende nih... ni aku dpt free, tq bos bg aku dapat barang nih... ni jam AKC...

nak kabo gak... awal minggu ni, aku tertinggal jam nih dalam toilet, dalam ati dah tercakap " kalau aku gantung sini, mcm tertinggal je nanti" hah!! konpom pelupe, urat dh tambah yg putus so betullah tu... seingatnya pas lunch, nak cuci tgn teringat jam tangan x pakai... terus g toilet dan SAH!! dia sudah diambil orang...

aku pasrah!!!..:(( huaarrr... Kau saja yang tau... tp aku nya pasrah bukan pasrah aktif, sebab.. peel aku masih berulang lagi.. terlupa, dan tertinggal barang ntah di mana2... saper nak jawab tang nih hah? sendiri mau ingatlah senah oii...

haiii... tanyer jiran tetangga, semua x ambil dan x terjumpa pun... maka aku bertambah yakin la yang jam nih dah bukan rezeki ku....

TAPI... pagi nih , aku di dengarkan dengan berita gembira... akak cleaner bgtau dia dah dpt jam tu... student praktikal yang simpankan... TQ yer dik... akak x jumpa lagi saper budak tu... yang aku akan cari dia dan say TQ, yang penting "Terima Kasih Allah masih bg aku rezeki melihat masa dari jam AKC ini... heheh...."....

Taraaaaa!!!! ini dia....



*** Cantekk tak?? TQ NC, tahun depan bg lagi yer...


Tuesday, October 6, 2009

seminggu bekerja

macam2 jadi seminggu kerja lepas raya ni, ada yang best iaitu gembira, ada juga yang tak best iaitu dukacita atau sedih... sedih sangatkah? tak juga tapi simpati atau kasihanlah...

aku dapat mesej dari geng aku la, ayah dia meninggal sebelum sempat jumpa. Dua hari pastu sorang lagi member pun ayah dia meninggal dan tak dapat jumpa juga...

aku... ayah aku lama dah takda, aku lagi taktau... umur ku 2tahun setengah... kecikkan, mungkin macam alya sekarangni. ishh..ishh... yang pergi tetap pergi... yang hidup teruskan kehidupan. moga2 hari yang dilalui adalah lebih baik dari sebelumnya.. harapan ku macam tu lah...

minggu ni aku mula sibuk, tak tau apa yang disibukkan.. terasa begitu letih otak berfikir.. sampai kekadang ntah apa2 yang tak sepatutnya aku fikir, aku fikirkan... buang masa je kan... tapi itulah aku...

sana sini, dok makan2... bulan raya mewah dengan makan, open la.. jamuanla.. kursusla... lepasni aku mungkin lambat sket kut update blog ni, harap2 jangan terus tak terupdate udahla... sesungguhnya aku kekurang idea untuk bercerita, tapi aku tetap ingin menaip untuk bercerita..

nantila bila otak dah free sket, aku buat ayat lagi la...
saje untuk suka2 aku...
daaaa..

Wednesday, September 30, 2009

antara P.I.S.A.N.G., M.E.M.P.E.L.A.M. dan G.A.J.A.H...

ha..ha..ha... ntah aper2 je entry aku ni... tak senonos juga eik?... saje suke2.. korang rajin bacala, kalau malas tak usah... aku datang anginnya memang macamnih...

korang agak-agak aper aku nak menceceh pulak kt entry ni, biasela ada gambar xder cerita macam ada muke xder nama, so aku pun mencari idea lani... ada nama dan ader muke... mukenya ini dia...

Pisang Belalai GAJAH, Mempelan Kelapa @ Mempelam GAJAH... aku panggil gajah sebab GAJAH mende2 yang aku tunjuk ni besar-besarrrrrr....


Korang bayangkan, Mempelam ni lebih besar dari kepala budak 2 tahun..
(masa ni alya 1tahun 9bln)



dari jantung hingga ke hujung aku snap... bolehla mencuci mata melihat Pisang Belalai Gajah ni, pisang spesis hiasan, xder isi yang boleh dimakan... ini kt mah mak aku... pakcik kata, kalau jual nilainya tinggi... aku pun tak tau...

okla..

kenangan raya... ke 8, 2009

banyak yang aku lalui sepanjang seminggu berhari raya (minggu yg pertama raya je la)... minggu ke2 ni dah mula x raya, sebab dah bekerja so mood raya ada kurang la... dari raya pertama hingga ke lapan.. macam2 yang aku jumpa dan lalui...

tak banyak yang aku nak kongsi, tapi yang masih ada dalam ingatan adalah yang 'ini', cuba korang tgk gambar bawah ni... nasib dah susut sket kalau tak, lagi la dia membesar dan membengkak dam memerah biru hitamkan kulit ku...

bukan nak tunjuk meja kerjaku, bukan juga nak tunjuk keyboard ku, tapi nak tunjuk kukuku (kuku aku laaa... :| ) sebabnya jari ku tersepit pintu kereta... dalam kekalutan berhari raya dan si kecik menangis dengan spontan, maka aku dgn tanpa berfikir panjang mencari2 dimanakah tertinggalnya 'kopek' si kecik... lalu dengan kesungguhan yang aku ada pun membuka dan menutup pintu kereta sesuke ati tanpa melihat yang kedudukan jariku di belah dalam kereta... teng..teng..tenggg..... sesedarnya aku jari tersepit bila melihat pintu kereta tidak tertutup rapat dan jari manis ku mula berdenyut2... bila ku lihat, waaa... sakitnyaaaa.... ya ampunnn.... time tu nak menjerit x terkeluar suara, nak menangis tak sanggup rasenya... yang aku ingat 'isap jari terus'... pehhh...

patutla kalau org yang baru excident x ingat apa2, jadi blurrr... tu la mcm aku... dah sakit baru terpikir2... maka membekak, merah, biru dan hitamla jadinya jari ku... dan hingga kini kuku ku masih berwarna mcm itu.... darah beku la tu... denyutnya juga masih terasa. Tak tau bila agaknya akan beransur hilang...

** agak2 sampai tue x jari aku mcm tuh??? kalau aku hilang, cari jariku dulu yer... hihihi...

Monday, September 28, 2009

Snap tambahan utk koleksi aku...

hi... kini TORA datang lagi... eh salah ayat tu..
kini aku datang lagi dengan snap raya edisi 2009...
snap utk rumah sendiri je... nak snap kt rumah orang...ishh.. tak kuasa i..

ni la antara bunga2 yang aku sempat kumpul sebelum ketibaan syawal 1430 hijiriah

** Dulang air bunga ros murah jer rm 9.80...
(harga tidak termasuk teko dan cawan yer..)


** Rak Majalah/Surat Khabar rm30.00
(tapi dah jadi milik anak dara ku utk simpan whiteboard dia daa...)

** Sarung Tisu...
(takde harga, ini bikin sendiri.. last minute.. )

** Alas meja
(ini pun bikin sendiri... tak la secantik dan sekemas yang dijual di expo2 or bazar2 raya tu...)

** Langsir pintu2 bilik... termasuk bilik air
(ini yang aku paling suke... warna dia lembutkan...)

** Langsir Pintu Sliding
(ini pun tema bunga ros juga, tapi ros coklat...)

raya ni macam2 aku jumpa... selain jumpa kuih-muih dan makanan raya, aku jumpa juga dengan bermacam2 ragam orang, dan macam2 lah... yang bermacam2 gaya, rupe, semualah... tak tau nak cerita macamaner...

apapun masih mood raya, aku ucapkan "Selamat Hari Raya......"