Thursday, December 24, 2009

Resepi Che Bees...



Assalamualaikum w.b.t

Hasil kerastangan che as ntah yg kali keberapa agaknya nih... lani menggunakan resepi che Bees... menjadi dan cantik. Rasa pun ermmm... bleh buat lagi nih... yg penting kena tau tekniknya... panjang lebar che bees terangkan dlm post komen arituh.. kalau x cuba rugi...

berikut aksi2 si gebu selepas pembakaran... kejadian berlaku pada 15/12/2009 area 11pm (anak2 dah tido)


kepada che bees mekasih yer... dapat ilmu baru dan mohon dihalalkan dikongsi di sini...
;) ;) ;)

adunan 1
4 biji kuning telur
16g gula castor -
1 sudu teh essence vanilla
-pukul kuning bersama gula castor sehingga sebati. kemudian masukkan essence

adunan 2
4 biji putih telur (saiz b pun ok)
100 g castor sugar
-putar putih dahulu dan bila nampak putih telur mula berkembang masukkan gula castor. Putar hingga ringgan dan bila diterbalikkan tak jatuh.

-masukkan adunan 2 kedalam adunan 1. kaupbalikkan hingga sebati. masukkan tepung gandum (90g) kedalam adunan dan adun hingga sebati. boleh masukkan serbuk koko(40g)atau lebih juga boleh letak pewarna yang digemari.
-tuang adunan kedalam loyang (jangan sesekali ketuk loyang untuk memadatkan adunan)
-bakar didalam oven selama 30 minit 180darjah celcius.

selamat mencuba


4 comments:

  1. sedapnya as...gebu sgt..nanti nak cuba kat rumah baru

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab cuba resepi bees..Ada ilmu yang baik memang patut dikongsi..tapi sedap ke tak, ikut pada citarasa la..hehehe..pasni k.as bleh la wat cream atas dia plak..mesti cantik..

    ReplyDelete
  3. Sis arma : waaa... cuba jgn x cuba... anda akan dapat apa yang anda lihat... heheh... dah pindah umah lagi ker? lani maner plak? best..best... uma baru... ermm...

    ReplyDelete
  4. bees : hah... mesti buat... hehe.. target tahun nih bestday anak2 n hsbn nk wat sendiri... makmetua skali la kut... hehe...

    ReplyDelete