Monday, November 23, 2009

belajar untuk dapat yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t..

Tak tahu dari mane nak mulakan cerita, dr tajuk entry aku nih.. aku ada menghadiri sesuatu, belajar sesuatu, utk dapatkan sesuatu.... sebelum tu aku ingin luahkan terima kasih Allah, kerana mengizinkan aku berada ditempat itu kelmarin dan semalam...bersama suami yang dikasihi, abg ipar yang aku hormati dan biras yang aku senangi... moga kami semua sentiasa dalam limpah kasih sayang Mu.. dan sedar akan Mu.. sesungguhnya aku amat2 merinduiMu dengan silatun yang berpanjangan dariMu.. ya Allah...ya Allah... ya Allah...

aku mengikut suami ke bangsar untuk menghadiri "Pelatihan Sholat Khusyuk-KHUSYUK ITU MUDAH OLEH PAK USTAZ ABU SANGKAN "anjuran Pn Nora dan shalat center, dari Indonesia. 21 - 22 November 2009 bertempat di Balai Islam, Kompleks TNB Bangsar, Kuala Lumpur. Sungguh indah dan tenang saat mendengar penyampaian pak abu, walaupun aku kurang mendalami sebelum ini, kurang persediaan untuk menghadiri pelatihan ini, tapi aku dimudahkan olehNya sepanjang berada dilingkungan muslimat2 yang lain.... apatahlagi ajk2 muslimat beramah mesra bagaikan kawan yang sudah lama kenal. Alhamdulillah....

mudah-mudahan apa yang aku terima dalam 2 hari yg berlalu, akan kekal mewangi dan bertambah kuat dalam lubuk hati aku, sedar dan rendahnya hati ini bila mengingati kalimah2Mu ya Allah, aku mohon ya Allah... aku bermohon ya Allah.............

sebelum balik ke bt pahat sempat aku bersalaman dengan ibu linda (isteri pak abu sangkan) dan mengusap anaknya yang demam, sedey hati teringat anak kt kg. Luruh terus aku...


Foto bersama, kak lia (um), aku, ibu linda dan kak uji (biras ku)


Ibu linda dengan anaknya (lupa nak tanya saper namanya)

sudah ya... sampai ketemu lagi... daa..


No comments:

Post a Comment