Thursday, December 24, 2009

Resepi Che Bees...



Assalamualaikum w.b.t

Hasil kerastangan che as ntah yg kali keberapa agaknya nih... lani menggunakan resepi che Bees... menjadi dan cantik. Rasa pun ermmm... bleh buat lagi nih... yg penting kena tau tekniknya... panjang lebar che bees terangkan dlm post komen arituh.. kalau x cuba rugi...

berikut aksi2 si gebu selepas pembakaran... kejadian berlaku pada 15/12/2009 area 11pm (anak2 dah tido)


kepada che bees mekasih yer... dapat ilmu baru dan mohon dihalalkan dikongsi di sini...
;) ;) ;)

adunan 1
4 biji kuning telur
16g gula castor -
1 sudu teh essence vanilla
-pukul kuning bersama gula castor sehingga sebati. kemudian masukkan essence

adunan 2
4 biji putih telur (saiz b pun ok)
100 g castor sugar
-putar putih dahulu dan bila nampak putih telur mula berkembang masukkan gula castor. Putar hingga ringgan dan bila diterbalikkan tak jatuh.

-masukkan adunan 2 kedalam adunan 1. kaupbalikkan hingga sebati. masukkan tepung gandum (90g) kedalam adunan dan adun hingga sebati. boleh masukkan serbuk koko(40g)atau lebih juga boleh letak pewarna yang digemari.
-tuang adunan kedalam loyang (jangan sesekali ketuk loyang untuk memadatkan adunan)
-bakar didalam oven selama 30 minit 180darjah celcius.

selamat mencuba


Monday, December 21, 2009

kek lagi... ermm...

Assalamualaikum w.b.t.

ermmm.... lama x update blog, dah x reti nak menceritakan apa nampaknya... so bubuh gambar je la... wat cuci mata... hihihi...







** kejadian kek ni berlaku pada 4/12/2009
(1pm-2.45pm) jumaat beb..

macam dah lama je rasa simpan gambar nih... masih bulan yang sama rupernya...
nih kek tanda Terima Kasih kpd adik2 master dan R.A. kerana telah membantu 'kakak' mu ini mengemas komputer2 baru yang berat2 gaban nuh... huuhuuu... aperpun semuanya dah settle, lenkali nak mkn kek ceklat bgtau akak nih yer...

insyaAllah ada masa dan ongkosnya... OK saja...
Terima Kasih Allah... tercapai juga cita2ku dan cita2 mereka... amin..

** ikut tekak aku OK lah... tekak korang aku x tau... telan je udah ler yer..
:D:D:Dkihikihikii...



Monday, December 7, 2009

Penang, Malaysia


Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, syukur pada yg maha Esa.. pada usia 28 thn ni, sampai juga aku ke utara semenanjung... bukan kedah atau perlis, tapi sampai penang je... ok lah tu. Bersama 'pakwe' dan anak2, 2.4thun dan 7bulan...

Cuti2 sem ni leh la jalan2 sket.. ikut 'pakwe' g conference. Sambil kerja sambil berjalan... best juga, walaupun penat. Alhamdulillah aku tgk anak2 juga masih ceria, harap2 sampai ke rumah la mereka cerianya, maklumlah jalan jauh kesian pun ada....



Lani ni aku dok Royalpark, Penang. Area Batu Feringgi. Dari rumah hari sabtu, singga PJ mah akak, = rehat la tu. pagi ahad gerak lg ke arah utara, sampai dah ptg. Setakat ni semuanya ok dan seronoklah, cuma xleh nak gerak banyak tpt, masa terhad. Rabu ada janji ngn org di Ampang. Nampaknya esok dah kena gerak kembali ke arah selatan...

sambil menaip sambil melayan anak2... cerita pendek.. hehe..