Thursday, November 26, 2009

kek batik

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi, mengkais masa seminit dua mengupdate coretan buat diri ku..
diari di alam maya.. semalam teringat kembali kelazatan kek batik maka sepontan aku mencari idea bilakah ianya akan dilakukan. Dengan masa yang tidak terduga terjadi juga kek batik yang aku inginkan, terima kasih Allah.. dengan limpah kurniaMu.. aku dapat membeli bahan2, melapangkan masa utk membuat dan menyiapkan kek tersebut, dan memberi nikmat merasa utk aku makan kek tersebut pg tadi... ermmm... nyumm...nyumm... enak rasanya...

Mari kita lihat apa aku dah buat malam td...


Bahan2 yg aku guna :
1 cawan gula pasir/kastor
1 cawan butter/marjerin
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
3/4 biskut merry (3/4 bungkus)

Cara aku memasaknya:
- satukan mentega dan gula, gaul rata.
- masukkan serbuk koko gaul lagi.
- masukkan telur semua, gaul lagi.
- masak dengan api sederhana kesebuat bahan yg digaul tadi hingga agak2 pekat (7-8min).
- masukkan biskut yg telah dipatah2kan, gaul rata.
- masukkan dalam bekas dan tekan2 sedikit kasi rata dan tiada lubang angin... org kata mampatkanla..
- masuk peti sejuk, dah sejuk boleh la dipotong dan makan....
nyumm...nyumm..

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDhA....


nyumm.. nyummm....


Monday, November 23, 2009

belajar untuk dapat yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t..

Tak tahu dari mane nak mulakan cerita, dr tajuk entry aku nih.. aku ada menghadiri sesuatu, belajar sesuatu, utk dapatkan sesuatu.... sebelum tu aku ingin luahkan terima kasih Allah, kerana mengizinkan aku berada ditempat itu kelmarin dan semalam...bersama suami yang dikasihi, abg ipar yang aku hormati dan biras yang aku senangi... moga kami semua sentiasa dalam limpah kasih sayang Mu.. dan sedar akan Mu.. sesungguhnya aku amat2 merinduiMu dengan silatun yang berpanjangan dariMu.. ya Allah...ya Allah... ya Allah...

aku mengikut suami ke bangsar untuk menghadiri "Pelatihan Sholat Khusyuk-KHUSYUK ITU MUDAH OLEH PAK USTAZ ABU SANGKAN "anjuran Pn Nora dan shalat center, dari Indonesia. 21 - 22 November 2009 bertempat di Balai Islam, Kompleks TNB Bangsar, Kuala Lumpur. Sungguh indah dan tenang saat mendengar penyampaian pak abu, walaupun aku kurang mendalami sebelum ini, kurang persediaan untuk menghadiri pelatihan ini, tapi aku dimudahkan olehNya sepanjang berada dilingkungan muslimat2 yang lain.... apatahlagi ajk2 muslimat beramah mesra bagaikan kawan yang sudah lama kenal. Alhamdulillah....

mudah-mudahan apa yang aku terima dalam 2 hari yg berlalu, akan kekal mewangi dan bertambah kuat dalam lubuk hati aku, sedar dan rendahnya hati ini bila mengingati kalimah2Mu ya Allah, aku mohon ya Allah... aku bermohon ya Allah.............

sebelum balik ke bt pahat sempat aku bersalaman dengan ibu linda (isteri pak abu sangkan) dan mengusap anaknya yang demam, sedey hati teringat anak kt kg. Luruh terus aku...


Foto bersama, kak lia (um), aku, ibu linda dan kak uji (biras ku)


Ibu linda dengan anaknya (lupa nak tanya saper namanya)

sudah ya... sampai ketemu lagi... daa..


Wednesday, November 18, 2009

kek bingka ke kuih lembut???

hari demi hari aku mencuba, walaupun x secantek rupanya, namun miliki rasa yang boleh dibanggakan oleh lidah aku, itu la dia kek span yang aku baru cuba buat, haha... tengok sungguh meletihkan melihat kek yang naik, dan jatuh kembali...


cubaan pertamaku:
29.07.2009 amik resepi dr internet,
ntah mane silapnya... x seperti yg aku mimpikan hehe...


cubaan kedua pula:
masa kuar dr oven ceehhhh... menten je, pastu iiyookkk.. turun plak...

tapi alhamdulillah rasa dah ok hehe...
ni 18/11/2009 yg lalu..

yang ni ok sket la dr yg pertama dulu, ni aku amik dr fp org, x ingat sapa..

kali ke tiga tatau bila.... :D

*** org cerita kejayaan, aku cerita apa yang aku dpt la nmpknya...
nak test sorg kawannya resepi lak, jadi x aku buat...

4 biji telur, sedikit tepung gandum, sedikit gula, bhn perasa dan pewarna....
tungguuu...

*** tapi sedikit tu mcmaner eik???!!! x abis menurun lak td...





Tuesday, November 17, 2009

Andai ku tahu....

Kalaulah aku tahu...

Monday, November 16, 2009

buttercream

hi kawan2, teman2, konco2, member2, dan semualah... saper2 yang terbaca entry ni, ni aku nak kongsi sket.... ilmu 'sms' dari seorang kawan.. mengenai buttercream utk kek...

semua bahan aku cari di pekan aku saja, kalau korang x sama tempat ngan aku, aku xtaulah cara mana nak tolong... hehe...

apa yang aku guna macamnih lah...
ni sesuai utk 1 biji kek kot... hehe... (jawapan yg x konfiden dr aku..)

Bahan2 :
100g butter
100g shortening(kedai bahan2 kek-kt BP) /lemak sayuran (pasaraya wellward- Pt Raja) pun boleh..
100g gula halus (ikut nak manis mana)

campur semua bahan dan mixkan dengan kadar step2 kelajuan...

cubaan aku;
cara pertama : aku pernah cuba pukul dulu shortening tu sampai kembang pastu masukkn gula dgn butter, pukul lagi.
cara kedua : aku campur semua pastu pukul sampai nampak lembut...
hasilnya : Cara pertama yang nampak lagi elok hasilnya...



Monday, November 9, 2009

projek hujung minggu

Bangun.. tidur.. bangun.. tidur.. kepala dok terpk apa nak buat kalau duduk kt rumah. Maka muncullah ilham dari Dia untuk aku mencuba sesuatu, TARAAA... ini dia, cupcake versi ibu dan kakak. Terima Kasih Allah, terima kasih aku telah berjaya mencubanya... aku wat versi kukus je, kalau bakar aku kurang yakin kek tu akak menjadi.. hahaha... belum buat dah tau hasilnya, itula aku... apa2 je lah...


sebahagian yg aku kukus, yg lebih aku masuk loyang...


cubaan mewarna dan menconteng kek...
boleh tahan lembutla krem tu.. senang nak bentuk...


aku buat 5 ke 6 biji je, yg lain kakak ngan ayah dia buat..
si bujang dah meraung...

Ntah apa2 je bentuknya, tujuan pertama aku adalah mencuba buat krim kek, alhamdulillah hampir menyerupailah yang biasa dibeli tu, so pasni bolehla aku menggali bakat tertanam aku... mendeco pulak. Mane tau ntah esok lusa aku seorg tokei.. nantikan... cehh... moga2 kenyataan mengatasi impian, ishh ayat boleh tahan.. hehe... selain tu aku pun cuba nih jugak...



taraaa... ni 'anak kek'... sbb saiz tu aku je yg penah buat, hehe... ni misi mencuba sapuan krem kek, memang menduga... kecik cam nih pun nak sapu punyalah leceh!!!... patutla kek tu mahal bagai... takper pasni nak pandai kena amiklah kursus dan buatlah selalu untuk melembutkan tangan...

*** aku ada pasang niat nak wat sendiri kek bila bestday aku tahun depan... hahaha....
ada sesaper mahir wat kek x? aku nak belajar melembutkn 'isi' kek...

TQ Allah... aku dapat ilmu baru..



Thursday, November 5, 2009

Hadiah A.K.A Cenderahati...

Yea... yea... (itu tandanya ada yg mengembirakan aku hari ini)... almaklumlah dok sesorang atas kerusi depan komputer sebelah fail2 dan buku manual ni kan... tetiba datang si adik membawa sebungkus barang berisi sesuatu yang aku pun tak tahu pada awalnya, tapi bila dibuka TARAAA... ini dia, sepaang kasut sandle berkelip2 labuci berwarna keemasan... TQ Ety.. (dia ni budak master, dulu RA kejap, kire RA pertama yang dok kt bilik sunyi sebelah tpt aku nih- dengan kata lain peneroka bilik sebelah laa... sekarang dah macam opis gayanya. Penuh dengan master student, RA dan technician skali).



Sebelum hari ni, semalam la tuh, aku dpt apa ntah ni namanya, aku panggil kapal je sbb gambar kapal tapi boleh lekat ngan besila sbb ade magnet blkgnya. Yg ini master gak bg Izan A.K.A iZhang budak gannu... apasal panggil macamtu sbb 'n' blkg tambah 'g'.



Dan minggu lepas aku dapat mende ni plak, technician sebelah bagi... yang ni mmg aku yg 'pau' dia soh beli sbb aku kena dok standby barang2 nak datang time dia xder... boleh ker mcm tuh?? bukan ker kerja tu mmg aku kena wat, tapi takper.. saje suker2 'pau' org kalau dpt alhamdulillah, x dapat xper.. hehe...



** Saja nak tambahkan koleksi keychain... setiap yg aku gantung ada pemberinya...
ada sesaper nak tambahkan lagi koleksi aku, dipersilakan hehehe.....

'pakwe' bg pun ada... tu buluh dr Sarawak...hehehe.....

Kenangan tu ada dimana2, cuma kita saja nak anggap ianya sebagai kenangan atau sebaliknya..

chayokk... chayokk...

Wednesday, November 4, 2009

Siakap Bermacam Rase..

kelmarin beli siakap sekor, kerisi 4 ekor.... 2 dah masak asam pedas versi che as, 2 lg sedang dlm sejuk beku.... si siakap pun sama, kasi tido lama sikit... dan semalam link ke kawan, dia masak mcm yg ada dalam fikiranku pulak... siakap 3 rasa..

tapi aku buat siakap bermacam2 rasa... heheh... lari sket dr niat asal, sebabnya, ada bahan2 yg tiada di dapurku...

ini la jadinya... Si Siakap yg kena timbus dek sayur2an..



nak tahu apa yang aku letak, meh la baca ke bawah ni...

bahan2nya:
1 ekor ikan siakap
4btg kacang buncis (hiris pendek2)
1kepal bunga kubis (potong kecil)
1 biji tomato (belah 6)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 inci batang seleri (potong dadu-ni nak abiskan stok je)
2 inci lobak merah (mayang halus- tabur atas ikan)
* 1 biji bawang putih (kisar@tumbuk@hiris-ikut suke..)
* 2 biji bawang merah (kisar@tumbuk@hiris-ikut suke..)
* 1 biji limau kasturi (amik airnya shj)
* cili giling, sos cili, sos tomato, garam, bahan perasa, gula, air....ikut suke byk mana...
minyak, serbuk kunyit (utk goreng ikan)

aku macam mcm nih:
* goreng ikan siakap sampai masak dan agak2 kering...
* tumis sambal dia (semua bahan2 yg bertanda *, air limau bila dah siap sambalnya)
* masukkan sayur2 dan kacau...kacau...kacau...
* curah kuah sambal td atas ikan...

jadilah siakap bermacam rasa @ siakap bersayur

antara sebab aku masak mcm nih:
1. semalam terlambat balik, smpai rumah dah maghrib
2. biasalah kalau ibu ayah dah sibuk, anak2 pun ikut sibuk (nangis nakkan perhatian)
3. aku masak lepas isyak...:(( huaarrr... sendiri perut sudah laparrr...
4. alasan kukuh ku, senang ada ikan dan ada sayur... hehe... x yah masak 2 lauk... (adakah aku malas??? oh tidak, cuma x sempat dah lapar)..

p/s: 'pakwe' yg makan semalam, sedap x kite masak?? hehehe... "Terima Kasih Allah.. sempat juga aku makan semalam dengan jayanya...", hehe......

chayokk..chayokkkk...


nrocinu di Kuittho/UTHM

heheh... iklan kejap..