Tuesday, March 24, 2009

MimPi iNi... Cayer x?

dah 2 kali aku mimpi mkn 'menda' nih.... nk g beli.. 'rajin' aku besar sangat...
dengan ekonomi yg merundum ni, malaih la nk pk... tapi abg bg duit utk beli belanja,
aku pinjam sket utk beli 'menda' nih, mane tau 'org dalam' yg nak mkn...
kesian dia.... ni ibu beli dan makan yer....

dan nie lah 'menda' nye... hehe... kek aper ntah...

Bismillah... jemput makan....

Tembikai Susu Vs Sagu

try dari Dapurbujang TV2, okla rasenya....

Nak tau bahan ?

1 cawan tembikai susu (potong kiub)
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 cawan air
sagu yang telah dikukus (sukati byk mane nk letak...)
Sedikit air gula (nak manis tambah lagi..dan lagi...)

Cara nk buat, korang campur je sume dalam bekas dan bubuh ais biar sejuk
lagi sejuk lagi best... :P

gambarannya mcm nih la, x berhias pun, mkn kt opis....


T.T. utk blog ku... khikkihihik...

Mencuba T.T. di html, jadi x?
taaraaa....



cantek gak... boleh laaa...he he..
korang paham ker tulisan tu ??? ... "jarikumenaip..."

Monday, March 23, 2009

Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ...... tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Roti Ais Krim Goreng Versi Kami....

Bahan : (utk 3 ketul)

- Roti putih/keping (x kisah jenama apa pun..)
- Aiskrim
- Air
- Minyak (utk mengoreng)

Cara Membuat :

- Cecahkan sedikit air di keliling roti (sket2 je)
- Potong aiskrim dan letak ditengah2 roti
- Tangkupkan dengan sekeping lagi roti yg dicecah air ditepinya
- Picit2 tepi roti guna jari biar lekat antara roti
- Potong kulit tepi dan pek dalam plastik masukkan dalam peti ais (beku) 3jam @ 1 malam
- Goreng dengan minyak yang betul2 panas dan api sederhana

* Dan inilah hasilnya............. jemput makan yum..yummm....